Terms & Conditions

PENERIMAAN TERMA DAN SYARAT

  1. Jika anda membuat pembayaran (deposit/penuh), anda dengan automatik bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan yang berikut (yang syaratnya termasuk garis panduan dan peraturan yang mungkin dipaparkan oleh pihak Hasbul Brothers dari semasa ke semasa
  2. Anda bersetuju bahawa Pihak Hasbul Brothers boleh mengubah suai, menyemak dan meminda terma dan syarat dan/atau menggantung atau menamatkan program ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan membuat pembayaran ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan apa-apa pengubahsuaian dan pindaan pada terma dan syarat ini.
  3. Anda bersetuju untuk membenarkan pihak Hasbul Brothers berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran media dari semasa ke semasa. Saluran media di sini merujuk, tetapi tidak terhad kepada, khidmat pesanan ringkas, khidmat pesanan multimedia, Facebook, e-mel, Twitter, pemesejan segera.

MENGENAI THE GROWTHX

  1. Program ‘The Growth X’ (TGX) merupakan program dibawah Majalah Niaga Sdn. Bhd. dimana anda akan dapat bimbingan selama 6 bulan dengan Hasbul Brothers secara online menggunakan Webinar.
  2. TGX mempunyai 3 jenis pakej iaitu pakej Gold, Bronze dan Basic. Setiap pakej menawarkan komponen pembelajaran berbeza seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Hasbul Brothers.
  3. Salah satu komponen dalam pakej Gold & Bronze, Masterclass Session akan dijalankan bersama-sama dengan peserta The Protégé dimana anda akan mengikuti sesi tersebut secara online manakala peserta The Protégé akan mengikuti Masterclass session secara offline bersama-sama dengan Hasbul Brothers.
  4. Anda mesti berkelakuan dengan sewajarnya dan mematuhi terma dan syarat semasa mengikuti program, dan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan program. Pematuhan terhadap sebarang kesihatan, keselamatan atau keperluan program adalah tanggungjawab anda. Pihak Hasbul Brothers mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan dan mengeluarkan anda dari program pada bila-bila masa jika anda sedemikian, pada bila-bila masa, dianggap tidak berkelakuan baik, mengganggu, atau boleh menyebabkan (atau menyebabkan) kerosakan kepada orang, harta, atau reputasi Pihak Hasbul Brothers.